Thursday, June 9, 2011

Walkathon D’Raja Kelantan 2011

Karnival Walkathon D’Raja Kelantan 2011 merupakan satu program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.
Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mendekatkan KDYMM Al-Sultan Muhammad V dengan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim, di mana KDYMM Sultan Muhammad V sendiri turut menyertai acara Walkathon dan mencemar duli berjalan kaus bersama-sama rakyat jelata.
Karnival selama 3 hari ini berlangsung pada 3hb, 4hb, dan 5hb Jun 2011.  Selain acara walkathon yang berjaya memecahkan rekod “Malaysia Book of Records”, karnival turut dimeriahkan dengan  aktiviti menarik yang lain seperti  Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert.

sesudah walk :)
 peta perjalanan..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...