Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu ♥♥♥♥♥ Novel + Movie Full

ade ape ngan cite nieh eh....
heran jugak...sini-sana org cite x abeh2...
dgr kate dari novel lagi..
akak aku pn sibuk gak ngan novel...
ish x paham baetul,tapi dpt gak la sinopsis nie...
paham la jugak nape yea :)

nie sinopsis dari novel nya :

Details kot2 korang nk tau kan :)
Tajuk : Ombak Rindu
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM19.90
Mukasurat : 576
 
Sinopsis
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

p/s : kalu korang nk beli online nie hah 
http://bbo.belibukuonline.com.my/en/novel-melayu/29-ombak-rindu.html

 nie hah ak cilok dari web nya sinopsis Filem Ombak Rindu :
 
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudaranya sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya Taha, Mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Si situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, (Lisa Surihani) Anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air mengugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?
 
kite lyn kejap :)

1
 
 
ak cam besa la..tungu download la...nk wat camne negeri kelahiran ku x ade panggung...
tpi x pe x de mslh pn..leh tungu download je nnt :)
nk gak ak layan dgr kate best...
 

Friday, December 2, 2011

Jgn nk berhutang Yea

Langkah2 nie pn ak dpt dari web jgak..ak bace2 je..da ase btul ak gtau je la kan....
ade jgk yg kena ats btng hdung sndiri nie..tapi nk wat camne kan :)

Try la tgk kot2 bole guna kan :)

Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis hutang apabila kita sudah bekerja. Paling ‘famous’ sekali ialah hutang pinjaman kereta. Paling teruk belum bekerja lagi sudah dibebani dengan hutang. Iaitu pinjaman PTPTN/KPTM.

1- Jangan sesekali membeli barang secara ansuran jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak. Kadar faedah yang tinggi menyebabkan anda membayar harga yang lebih tinggi daripada harga asal.
2- Jangan suka berhutang pada benda remeh. Suka sangat berhutang dengan rakan-rakan. Anda hanya sedar apabila hutang yang sikit tadi telah menimbun. Pernah dengar ‘sikit-sikit menjadi bukit’?
3- Pertimbangkan hutang sebagai langkah terakhir. Pilih hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling rendah dan fleksibel.
4- Jika anda rasa anda mempunyai sifat boros, jangan guna kad kredit! Ini akan memburukkan lagi keadaan.
5- Jika anda mengimpikan sesuatu, sediakan satu dana khas untuk tujuan tersebut. Beli apabila dana tersebut telah cukup.
Di Malaysia, kita tidak boleh lari dari hutang. Sekurang-kurangnya hutang pinjaman rumah.
Moral di sini ialah elakkan dari berhutang. Rancang kewangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi kos hidup yang semakin tinggi sekarang lebih2 lagi kt negeri yg metropolitan..perh...x bole2.. kena saving jugak :)

Thursday, December 1, 2011

Norshahrul tak ikut jejak Safee :)

ha..mengikut kata2 Mat yo..

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam.

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam.
PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.
Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.
“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

kan betul pe mat Yo gtau...wat pe nk g,dia pn kalah dgn kite...baek la maen kt tempat yg lebih bagus..
best oo dia gatu ' pyokong negeri kelantan pn bagus'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...